Khamis, 17 September 2009

Mi yang belum dicelur

Perbezaan Mi buatan org Islam dan bukan Islam

Selaras dengan perjuangan misi kami mengengahkan produk muslim yang halal dan thoiyibbah disini kami tiada keraguan untuk berkongsi dengan semua pelayar internet apakah perbezaan mi buatan org Islam dan bukan Islam.

Bahan-bahan

Tepung - tepung gandum dipasaran mempunyai banyak jenis. Tepung yang berkualiti adalah tepung yang berwarna putih cerah dimana ia telah dicampur dengan agen peluntur dan banyak bakteria telah dihapuskan dengan menggunakan peluntur tersebut. Namun demikian harga agak mahal.

Bahan kimia - Untuk jualan di pasaran selalunya produk mi kuning akan ditambah dengan bahan pengawet. Ini untuk mengekalkan ketahanan produk tersebut. Pengawet ada pelbagai jenis dan kebanyakan pengusaha akan menggunakan yang murah dan lebih tahan lama. Pengawet jenis itu sudah pasti dicampur dengan bahan tidak halal iatu serbuk tulang khinzir. Kebanyakkan produk yang menggunakan khinzir adalah jauh lebih murah dan tahan lama dan selalunya produk makanan tersebut akan menjadi bertambah lazat.

Minyak - Minyak masak digunakan sewaktu mengirai mi setelah proses mencelur untuk mengelakkan mi tersebut melekat. Pengalaman saya mendengar sendiri daripada pengusaha non-muslim untuk mencampurkan minyak yang dihasilkan daripada khinzir sewaktu mengirai mi. Ini lah yang membezakan mi muslim dan non muslim.

Kenapakah produk non muslim lebih menarik, tahan lama dan sedap serta murah?

Dengan menggunakan produk yang dibuat daripada khinzir sesuatu produk yang dihasilkan akan lebih tahan lama, menarik, sedap dan murah. Disini saya ingin mengambil contoh membuat aiskrim. Aiskrim yang dicampur gelatin yang seperti aiskrim yang dijual oleh peniaga-peniaga yang menggunakan motosikal adalah kurang sedap berbanding aiskrim yang dijual di pasaraya-pasaraya. Aiskrim ini akan lebih cepat cair dan setelah cair tidak enak untuk dibekukan semula. Berbanding aiskrim dipasaraya. Aiskrim yang dijual dipasaraya lebih enak berbanding dengan peniaga ini. Pengalaman saya merasai aiskrim yang dibuat oleh HPA berbeza dengan aiskrim di pasaran. Dan ini menyebabkan saya yakin dengan kajian yang dilakukan oleh PPIM tentang perkara ini.
Khusus nya bidang saya iaitu produk mi kuning. Perbezaan amat ketara dimana warna mi non muslim adalah lebih berkerlipan dan cantik berbanding mi kami. Pelbagai cara saya lakukan untuk menjadikan produk saya setaraf dengan produk mereka. namun setelah saya bertanya sendiri dengan pengusaha cina dan dengan mudah mereka mengesyorkan saya menggunakan minyak khinzir untuk menyelesaikan masalah tersebut. Minyak tersebut adalah lebih murah dan ianya menyebabkan mi kuning akan tahan lebih kurang 1 minggu di luar peti ais. Pengalaman juga menyebabkan saya meneruskan perjuangan menghasilkan mi kuning ini walau banyak halangan dimana saya sendiri pernah melihat bagaimana non muslim menghasilkan sesuatu produk dimana sanitasi dan kebersihan adalah ditahap paling rendah. Ini kerana mereka hanya memikirkan keuntungan yang berlipat ganda.

Sabtu, 5 September 2009

Kedai Mujahid

Sejarah

Kedai Mujahid telah ditubuhkan pada tahun 2007. Syarikat ini ditubuhkan dengan bertujuan menjual dan mengenengahkan produk-produk yang dihasilkan oleh bumiputra dan produk tersebut dijamin bersih dan halal.
Setelah setahun beroperasi dan mengharungi liku-liku dalam perniagaan halalan thoiyyibah Kedai Mujahid telah mengorak langkah dengan mencuba membuat satu produk yang begitu sensitif iaitu mi kuning dan mi tersebut di label dengan nama mee mujahid.